Solat Hajat sempena bulan Sya'ban

3 February 2026 – Solat Hajat secara berjemaah telah dilakukan bagi memohon dipermudahkan serta dilancarkan segala urusan dunia dan akhirat. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya: al-Ghafir:60 – وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Bersempena bulan Sya’ban juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah bagi persiapan bulan Ramadan. Terdapat hadis Nabi SAW bersabda:
قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.
(Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317)
We will keep you up to date with all of the latest construction news

Visit our most popular news of the month

Sign up and subscribe to our newsletter

We respect your privacy and do not tolerate spam