Majlis Hi-Tea Dan Himpunan Kereta Klasik Malaysia Yang Diserikan Dengan Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis.
Ketibaan Baginda disambut dengan iringan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, disambut oleh Pengarah Urusan Ummul Travel And Tours Sdn. Bhd., Rizwan Ahamed Badruddin.
Majlis ini dianjurkan oleh Ummul Travel And Tours Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar, JPKK Arau, serta komuniti setempat. Dalam ucapan aluannya, Rizwan Ahamed menyatakan majlis ini bertujuan memperkukuhkan hubungan komuniti sambil mempromosikan warisan budaya dan kenderaan klasik yang penuh estetika dan nostalgia.
Program ini turut menjadi acara pembukaan Tirai Tahun 2025 bersempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, di mana Rizwan berharap ia menjadi pemangkin kepada kejayaan Perlis sebagai destinasi pelancongan utama.
Majlis ini juga istimewa dalam semangat Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, yang menandakan 25 tahun pemerintahan Baginda serta sempena Ulang Tahun Keputeraan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang ke-57.