Pengeluar kereta dari China, Beijing Automotive Group Co Ltd (BAIC) secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran dua model kereta SUV pertamanya, X55 dan BJ40 Plus.
Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Pengarah Urusan Edaran Otomotif Elektrik, Datuk Hj Mohd Nazri Ismail serta Pengerusi BAIC MOTOR Corporation. Ltd (BAIC), Chen Wei.